Tuesday, November 24, 2020

Percutian ke Padang, Indonesia dibatalkan kerana Covid-19

Salam. Tak sangka dah nak penghujung tahun 2020 dah kita ni ya. Bila sis belek-belek kalendar, baru perasan sepatutnya hari ni sis dan family berangkat pulang dari Padang, Indonesia ke Malaysia. Penerbangan kami ke Padang adalah pada 21 November 2020. Plan asal kami nak pi holiday ramai-ramai ke sana with adik-beradik ayah sis. Almaklum arwah atok dan nenek sis berasal dari sana. Kira sis ni berdarah Minang la. Huhu. 

Tapi apakan daya, dek wabak Covid-19 segala planning terpaksa ditangguhkan. Taktahu la sampai bila sebab kes positif Covid19 kat Malaysia pun tak nampak tanda-tanda nak surut. Makin naik lagi adalah. Aduyai.. 

Nasib baiklah tiket flight yang dah booked tak burn. Tapi perlu convert ke dalam bentuk credit. Which boleh guna untuk book next flight within 2 years. Sis oernah share cara-cara nak refund tiket kepada credit ni dalam entry INI

Agak sedih juga, sebab memang awal tahun lagi dah booked tiket. Kebetulan ada promo. Memang kami excited sebab plan nak sewa bas segala ala-ala rombongan Cik Kiah gitu. Lagipun ada antara kami tak pernah sampai lagi ke sana. Tu teringin sangat nak balik ke Kampuang (bahasa Minang). Tapi takpela maybe ada hikmahnya. Yang penting keselamatan diri dan family. Jom sama-sama agar terhapus Covid19 dari muka bumi ni. Agar kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa. 

Misya : Rindu naik kapal terbang.

6 comments:

  1. Bertabahlah misya... kakmim pun x jd nk ke china bln 10 ri tu... xpelah bkn rezeki kita... tp betul lah... rindu naik 'belon' (kapal terbang).. hihi

    ReplyDelete
  2. rindu juga nak pegi shortvacay. selalu yearly rutin, setiap bulan 12 pegi vacay. tahun ni, hmmm. sedih tapi kita kena patuh sop =)

    ReplyDelete
  3. semoga covid cepat hilang dari bumi ni.. semoga ekonomi malaysia/dunia bertambah elok.. semoga semua boleh blk kg, jalan2 tahun 2021 nanti

    ReplyDelete
  4. Semuanya adalah Allah yang tentukan, Insha Allah satu hari nanti kita semua dpt travel semula.. tentu seronok balik kampung di sana kerana budaya dan sosio ekonomi yang berbeza..

    ReplyDelete
  5. tahun 2020 ni memang terlalu banyak plan yang kena tunda/cancel. Moga keadaan kembali pulih seperti sediakala... boleh nak balik kampung, jalan2, pergi event2, gathering lagi macam dulu2...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...