Tuesday, December 29, 2020

Review Blog || Blog Adianiez

Salam semua. Another blog that I want to review is Blog Adianiez. Peserta ke 8 terpantas join my segment. Manyak ong woo no. 8! hehe.. 



Seperti juga saya, ada pelbagai kisah dikongsikan dalam blog beliau. Family, anak-anak, makan-makan, jalan-jalan dan sebagainya. Seronok juga baca. hehe.. 



Saya suka tema pink blog beliau sebab saya pun suka pink. hehe. Overall simple blog and sweet. Cuma if nak bagi nampak lebih kemas sis prefer letak border untuk setiap kotak widget. Cadangan saja la. hehe.. But nice blog. Sesuai dengan jiwa keibuan gitu. Ada resipi, deko-deko, aktiviti dengan family dan lain-lain. So jemput visit her blog ya kengkawan!


Misya : Sis macam belum cukup keibuan.


Review Blog || Ke Arah Mencari RedhaNya by Naim

Salam. Next blog yang sis nak review adalah blog Ke Arah Mencari RedhaNya by Muhammad Naim Abdullah. Ok seperti nama blognya, posting / entry-entry dalam blog ni mostly berunsurkan Islamik. Jarang ada blogger yang tampil dengan idea blog begini. Mungkin ada tapi kebanyakannya blogger wanita. Yang buat saya respect, beliau sudi join segment saya dan jadi blogger ke 7 terpantas yang join. :)



But still ada juga entry-entry lain yang blogger update mengikut perkembangan semasa. Cuma dari segi susun atur blog, saya rasa blogger masih dalam proses mengemaskini blo beliau sebab still ada sub-menu masih belum dikemaskini. But its okey, blog saya pun still masih nak kemaskini lagi. huhu. Cuma saya kagum camne beliau boleh letak banyak-banyak iklan dalam blog beliau? huhu. Sebab sis punya blog sampai sekarang adsense taknak approve. Hmmm... By the way keep blogging ya saudara Naim. TQ sudi luangkan masa join my segment. :)


Misya : Suka blogger yang menulis tentang Islamik secara natural (bukan judgemental).


Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com

 


Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.

** jom support Mia Liana....

Review Blog || Thejagungspirasi by Aiman

Salam. Blog ke 6 terpantas yang join Segmen sis ni adalah blog Thejagungspirasi by Aiman. Mula-mula tengok blog ni memang teringin nak review. hehe. Why? I think adik ni sangat talented dalam dunia blogging. Bila check entry-entry beliau rupanya since tahun 2016 Aiman dah start blogging. Plus menggunakan header THEJAGUNGSPIRASI tu lagilah wat sis tertanya-tanya apa makna disebalik nama tu. Peminat jagung ka? Ada tanam jagung ka? hehe..



Blog beliau simple je tapi kemas dan mudah nak capai apa-apa widget dalam tu. Kira simple but smart la. Dan Aiman ni rajin tau luangkan masa join segmen-segmen dan GA anjuran blogger lain. Sebab kebiasaan blogger lelaki ni jarang nak join segmen or GA. But he is very supportive guy. To Aiman, kipidap okeys! Moga terus sukses! Jemput singgah ke blog beliau okeys (klik je gambar atas ni). :)


Misya : Moga ada rezeki dapat anak lelaki 1 hari nanti.

Wednesday, December 23, 2020

Review Blog || Life & Love of Mrs Kay

Salam. Next, sis nak review blog terpantas iaitu Life & Love of Mrs Kay by sis Sheila Arshad a.k.a Ammi. 


Ok, terjah je blog Mrs. Kay ni, sis suka sangat sebab kemas dan sistematik. hehe. Bertemakan hijau dedaunan memang sejuk mata memandang gitu. Yang bestnya Mrs. Kay ada share macam-macam resipi menarik dalam blog beliau. Bolehlah cuba nanti. One more thing yang menarik perhatian saya adalah tajuk-tajuk entri beliau semuanya short and sweet but padat. Agak interesting for me bagi memudahkan pembaca juga sebab straight to the point dengan isi yang nak disampaikan. 



Jemputlah terjah blog Mrs Kay ni ya. Kipidap Mrs Kay! :)


Misya : Sis memang sweet :p


Review Blog || JMBelog

Salam. Ok review blog terpantas diteruskan dengan Blog JMBelog. Actually ini adalah blog yang sangat rajin any segment anjuran mana-mana blogger pun. Very supportive! :) Dalam entry penyertaan Segmen 10 Blogger Terpantas beliau ada mention bulan Oktober merupakan bulan kelahiran arwah ayahanda tercinta beliau. Ayah kandung dan ayah angkat. Sedih juga sis baca. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman. 



Simple je JMBelog ni. Tapi JMBelog memang sangat rajin update entry. Ada pelbagai kisah dan panduan dikongsikan dalam blog beliau. Kira bagi saya ala-ala poket Doraemon, macam-macam ada! hehe.. Tak banyak yang boleh saya review sebab memang JMBelog ni sangat simple. hehe.. Apa-apa pun terus berblogging JMBelog! 


Misya : Kadang mood malas nak update entry.

Tuesday, December 22, 2020

Giveaway by Blog Tangan Gebu

 

Klik untuk join

Kenapa join? Saja support kawan-kawan blogger buat GA/Segment. Menang tak menang No. 2. Yang penting merapatkan ukhuwah di samping bertukar-tukar link sesama blogger. (Tetiba macam 'murni' sangat tujuan sis join GA ni) hehehe.. All the best untuk semua yang join ya!

Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog

Klik untuk join

 

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Klik untuk join

Reason join? Sebab nak menang hadiah. Wah gituu..! hehe.. Takdelah sis memang suka support kengkawan buat segmen simple-simple camni. Kita bantu orang, insyaAllah nanti Allah bantu kita pula. So uols silalah join this segmen okeys! Kita kasi boom boom gitu! hehe..

SEGMEN : Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Klik untuk join

 

Sunday, December 20, 2020

Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di Anugerah Meletop Era dan jawapannya...

Salam. Wow wow wow!!! Pelakon Kamal Adli buat kejutan melamar Uqasha Senrose di pentas Anugerah MeleTOP Era 2020!!!

Dan jawapan Uqasha adalah Yes!!!! 😘 Tak tahu kenapa sis happy sangat dengar berita ni walaupun takdelah minat sangat dengan dorang ni. Drama dorang berlakon pun sis tak follow. Hehehe. 

Menurut Roti Kaya, selepas Kamal dan Uqasha menjadi penyampai 2 anugerah, tiba-tiba Kamal inform nak umumkan sesuatu. Beliau melutut dan melamar Uqasha. Dan lamaran Kamal diterima dengan jawapan Yes dari Uqasha. Then penonton yang hadir bersorak tanda gembira. 

Sis tak tonton pun Anugerah Meletop Era tadi sebab busy kemas rumah. So bila on facebook ternampak berita ni terus rasa excited nak share. Patutlah dorang sangat 'close' kebelakangan ni. Bergambar pun dah macam pasangan pengantin baru. Ingatkan just gimik untuk drama lakonan dorang tapi memang truly bercinta rupanya dorang. Hehe. 
Apa-apa pun tahniah kat Kamal Adli akhirnya lamaran diterima. Sis memang tertanya-tanya siapalah yang akan kahwin dengan Kamal Adli ni. Almaklum before ni dia pernah dikatakan bercinta dengan beberapa orang artis termasuk Emma Maembong dan Intan Ladyana. 

Mesti wedding dorang grand nanti kan? Ramai nak sponsor tu. Dorang kan tengah meletop sekarang. Hehe. Semoga urusan pernikahan mereka ke jinjang pelamin dipermudahkan. Sama cantik sama padan. 


Misya : Ramai artis bakal naik pelamin tahun depan.

Thursday, December 10, 2020

Nak menang beg free? Tonton FB Live esok!

Salam semua. Hello semua!😊 Esok sis akan muncul di FB Live untuk tunjukkan demo beberapa beg antaranya Holly, Neko, Clara, Eve dan yang paling tengah hot selling sekarang adalah Celest! Macam yang sis pegang dalam gambar ni. Dan yang paling best uols berpeluang memiliki beg Celest ni secara PERCUMA!! 😱😱😱  Bagaimana? Kena tonton FB Live esok 11.12.2020 jam 1.00 tengahari. Sis akan explain caranya. Sambil menikmati lunch uols, bolehlah tonton sis membebel. Hehe.. Mana nak tonton? Sila like dan follow FB page sis di Original F.Timber Bag by Misya

Macam-macam beg sis akan tunjuk. Tote bag, bagpack, sling, shoulder dan pelbagai lagi beg. Antara beg-beg yang sis akan tunjukkan esok like below :



Ok see uols tomorrow!πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ❤️❤️❤️ 


Misya: Live melatih diri meningkatkan keyakinan diri. 

Tuesday, December 8, 2020

F.Timber Grab Sales! Price from RM52 to RM79 only!!

Salam semua!! Hari ni 8 Disember 2020, F.Timber mengadakan Special 12.12 Grab Sales tepat jam 12.00 tengahari. 

Apa yang menarik?

- Beg yang dijual hanya ada 1 unit untuk 1 design dan ada dalam 1 warna sahaja! 
- Semua beg adalah brand new 
- Siapa cepat, dia dapat! If berkenan dengan mana-mana beg dalam katalog nanti cepat-cepat terus dm/wasap sis (http://www.wasap.my/+60169561764), buat payment, beri details nama, alamat dan nombor telefon, then beg tu jadi milik anda seorang. 😍
- Grab sale ni berlangsung sehingga semua bag habis terjual. 
- Ala-ala jualan lelong tapi hanya ekskusif item saja dijual. 

Grab sales catalog akan dimuatnaik di group VIP dulu tau. So jadilah yang terawal dapat view that catalog dan ajak kawan ramai-ramai join this group okeys ya!! https://t.me/joinchat/Q2lwP0Ys-jQifoKbwy_OfgπŸ€—πŸ€—πŸ€— 

Yang bestnya Grab Sales ni, price starting from RM52 to RM79 only guys!!😱😱😱😱 Sangat berbaloi siapa dapat GRAB YOUR BAG for this sales. Stay tune.. Will be launched today at 12.00 pm in telegram group and akan dikemaskini di IG @ftseller_bymisya dan Facebook Page!!πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ 

1 beg, 1 design 1 warna sahaja!! If ada berkenan untuk diri sendiri atau nak hadiahkan for someone special, don't miss out this GRAB SALES okeys.🀩🀩🀩

SIAPA CEPAT DIA DAPAT!! Happy Shopping!πŸ‘πŸ‘›πŸ‘œπŸ’ΌπŸŽ’πŸ§³πŸ‘πŸ‘›πŸ‘œπŸ’ΌπŸŽ’πŸ§³


Misya : Takut sis grab untuk diri sendiri. Haha..

Wednesday, December 2, 2020

F.Timber 12.12 Sales || Banyaknya promo!

Salam semua. Siapa sempat grab F.Timber 11.11 sales last month? Yang dah grab, thank you so much! Sis sampai tak menang tangan and tak sempat sangat nak update blog sebab order masuk bertalu-talu almost everyday. Giler betul penangan 11.11 sales. Ada yang borong 3-5 unit bag terus sebab nak bagi hadiah kat family dan kengkawan. Moga murah rezeki uols yang sudi support sis. Yang tak dapat grab, don't worry. This December month, F.Timber melancarkan 12.12 sales dengan pelbagai promosi menarik. Sis sendiri dah grab dah pun. Ahaks! So uols jangan terlepas lagi okeys. 

12.12 ni sedang berlangsung dan akan berakhir pada 12 December 2020. So uols please alert ya if taknak terlepas peluang memiliki beg F.Timber kegemaran uols dengan harga runtuh. 

During 11.11 sales Ayu Series ni antara yang laku keras. Clutch comel ni hanya berharga RM49. Harga asal RM99. Ada 3 warna je still available. Pink, brown and black. Warna terlaris iaitu red dah sold out! Ada yang borong 2-3 unit Ayu Series ni.

Ahha untuk yang suka gaya sporty, Jack and Jill series ni memang sesuai untuk uols. Ada 2 design dan setiap design ada 6 warna pilihan. Boleh pilih design mana ikut style uols. Last month harganya RM69 lepas diskaun. But this month untuk 12.12 sales, turun lagi harganya jadi RM63 sahaja!!!

So marilah pilih mana yang uols berkenan okeys. Bagi hadiah kat anyone yang suka gaya-gaya sporty camni.

Vera series sebelum ni meletop dengan promo combo setnya. But now uols boleh beli asing-asing dengan harga RM99 untuk tote bag dan RM69 untuk sling bag. Ada 4 jenis warna iaitu red, brown, blue and black. Blue tote bag hanya tinggal 1 unit sahaja lagi weh!!

This is the best promo for 12.12 sales!! Semua beg ni hanya berharga RM69 jek! Guys, sis beli beg-beg ni asalnya harga RM100++ tau. Adoyai ruginya if uols tak grab!! Yang beg galas tu bolehlah hadiah kat adik or anak-anak. Yang tote dan sling bag tu bolehlah hadiahkan untuk mak dan mak mertua uols. Sempena Hari Krismas dan Tahun Baru ni why not? Every bag ada 3 warna pilihan.

OMG dah dapat diskaun, F.Timber bagi lagi FREE GIFTS! Untuk pembelian RM50 ke atas, uols akan dapat free cardholder manakala kalau uols buat pembelian RM100 ke atas, F.Timber tambah 1 lagi free gift iaitu Origami Tissue Box yang sangat cute. Both gifts ni bernilai RM68 tau tapi F.timber bagi free je uols!



And the last but not least, untuk beg-beg selain promo di atas, uols masih boleh beli dengan harga diskaun 10%! Just pilih je beg mana uols nak dan dm sis segera untuk check stock yang masih ada.
Ok kat mana nak tengok koleksi beg-beg F.timber ni? Uols boleh follow my IG @ftseller_bymisya atau join group telegram VIP Catalog di SINI. Any latest collections dan promo-promo terkini akan di update dalam group telegram terlebih dahulu. So anda akan jadi yang terawal mengetahui any updates. Even sis ada promo khas untuk yang join group VIP tau. Boleh ajak kawan-kawan & family ramai-ramai join this group. 

Oopss ada 1 lagi sis akan update. Koleksi yang pernah jadi hot selling tahun 2019 kini kembali sempena 12.12 sales. Meet the hottest and cutest, Celest Series.. 

Celest Series ni sangat unik dan comel. Warna-warnanya pun sangat menarik. Yang bestnya harga dia tak sampai RM100 pun untuk this exclusive limited design. Sis akan update dalam next entry okeys. Stay tune.. 

So uols jangan lepaskan peluang grab 12.12 sales ni okeys. Ada yang terlepas 11.11 sales merayu-rayu kat sis supaya promo dilanjutkan tapi sis takleh wat pape sebab semuanya F.Timber yang decide. So cepat-cepat dm sis di instagram or Whatsapp sis terus ke SINI.


Misya : Always support biz kengkawan. 

Tuesday, December 1, 2020

Giveaway by ejulz & faizzahamir

Klik untuk join

 

Dato' Siti Nurhaliza hamil anak kedua!

Salam. Allahuakbar, sis happy sangat bila dengar berita ini! Dato' Sri Siti Nurhaliza mengumumkan beliau sedang hamil dan kini kandungan beliau sudah berusia 4 bulan. OMG happynya sis!!! 

Tokti telah umumkan berita gembira tersebut melalui laman instagram dan page facebook beliau.


Menurut Dato' Siti atau mesra dipanggil dengan Tokti,

"Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!"


Pengumuman istimewa ini juga boleh ditonton di Youtube :https://youtu.be/ECitgIjV_2Y

Sis is one of the peminat Tokti since zaman remaja sis. So everything about her especially tentang berita kehamilan buat sis rasa happy & excited. Masa tokti first pregnancy dulu pun sis punyalah excited. Sebab kebetulan lepas sis disahkan pregnant, Tokti pula announce dia pun pregnant. Huhu. Almaklum kami antara yang lewat mendapat cahaya mata. So dats why i feel her. Now dah nak masuk 2 orang dah. Sis memang dah 2 orang dah. Hehe.. 

By the way congratulations Tokti dan husband, Dato K! Bertambah meriahlah family dorang. Jaga diri baik-baik ya Tokti.. Much much love from us Mommy Misya, Erina & Baby Soffea..


Misya : Anak ketiga? Oopsss!!!

Monday, November 30, 2020

KFC Crunchy Tandoori sedap tapi cukuplah makan sekali..

Salam. Semalam sis try makan KFC flavour terbaru iaitu Crunchy Tandoori. Sebab terpengaruh tengok iklan kat TV plus memang dah takde idea nak masak apa. Hehe.. Apa lagi, order KFC online je. Tak sampai setengah jam terus sampai! Kagum jap. Tapi maybe sebab tak banyak order kot. 

Kalau tengok dalam iklan, beginilah rupa dia. Sebut je Tandoori of course terbayang-bayang rasa ayam rempah ala-ala restoran mamak tu kan? Sis pun sama cuma tak boleh imagine dalam bentuk ayam KFC. Hehe. So thats why sis try. 

Om dari segi rupa almost exactly the same colour and texture. Sekali imbas ala-ala Ayam Goreng McD pun ada. Oopss! Hehe.. Sebab warna dan kegaringan kulit luar dia seakan-akan sama. Sis order online je so ginilah gaya hidangannya. Hehe. Dinner plate - 3 ketul ayam with mash potato, coleslow and drinks.

How about it taste? Bagi sis ianya tidak mengecewakan. Sis suka part rempah tandoori tu memang terasa especially bila makan part kulit ayam. Crunchy plus rasa spicy tandoori tu memang sis suka. Cuma untuk order lagi for the next time tu I don't think so. Cukup kot rasa sekali. Yang penting pernah rasa. Hehe. Sedap memang sedap tapi bak kata my husband, ayam tandoori kedai mamak lagi better kot. But maybe if penggemar ayam tandoori atau memang pencinta semua flavour KFC pasti suka. Lain tekak lain citarasanya. 

By the way good try KFC. Always berinovasi dengan tekak orang Malaysia ni. Hehe. Kipidap!

Overall sis bagi 3/5 bintang untuk KFC Crunchy Tandoori! Happy Deepavali! 

Misya : Perisa nasi kandar takdak ka?

Tuesday, November 24, 2020

Percutian ke Padang, Indonesia dibatalkan kerana Covid-19

Salam. Tak sangka dah nak penghujung tahun 2020 dah kita ni ya. Bila sis belek-belek kalendar, baru perasan sepatutnya hari ni sis dan family berangkat pulang dari Padang, Indonesia ke Malaysia. Penerbangan kami ke Padang adalah pada 21 November 2020. Plan asal kami nak pi holiday ramai-ramai ke sana with adik-beradik ayah sis. Almaklum arwah atok dan nenek sis berasal dari sana. Kira sis ni berdarah Minang la. Huhu. 

Tapi apakan daya, dek wabak Covid-19 segala planning terpaksa ditangguhkan. Taktahu la sampai bila sebab kes positif Covid19 kat Malaysia pun tak nampak tanda-tanda nak surut. Makin naik lagi adalah. Aduyai.. 

Nasib baiklah tiket flight yang dah booked tak burn. Tapi perlu convert ke dalam bentuk credit. Which boleh guna untuk book next flight within 2 years. Sis oernah share cara-cara nak refund tiket kepada credit ni dalam entry INI

Agak sedih juga, sebab memang awal tahun lagi dah booked tiket. Kebetulan ada promo. Memang kami excited sebab plan nak sewa bas segala ala-ala rombongan Cik Kiah gitu. Lagipun ada antara kami tak pernah sampai lagi ke sana. Tu teringin sangat nak balik ke Kampuang (bahasa Minang). Tapi takpela maybe ada hikmahnya. Yang penting keselamatan diri dan family. Jom sama-sama agar terhapus Covid19 dari muka bumi ni. Agar kita semua dapat jalani kehidupan seperti biasa. 

Misya : Rindu naik kapal terbang.

Monday, November 23, 2020

Review Blog || Ombak Bergigi by Om

Salam. Seterusnya blog ketiga terpantas (Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya) yang saya nak review ni adalah blog Ombak Bergigi by Om. Unik tak nama blog ni? Hehe.. Rasanya ramai kenal dengan blog ni sebab antara blogger yang rajin singgah blogwalking dan join segmen atau giveaway inilah blognya. :)



Ok bila jengah je blog Om ni saya suka sebab blognya kemas. Susun atur header, side bar dan footer dia nampak perbezaan. Even blog saya pun tak sekemas blog beliau. hehe. Seperti juga tagline blognya iaitu Lifestyle Blogger, memang begitulah juga content blog Om. Ada pelbagai kisah beliau share. Even ada resipi-resipi menarik yang boleh dicuba. Allrite, thank you Om sudi join my segmen dan sememangnya beliau peserta tegar mana-mana segment pun. hehe. Teruskan berblogging! 


Misya : OCD - tak boleh tengok benda tak teratur.

Review Blog || Monolog Kak Mim

Salam. Blog kedua terpantas (Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya) yang akan saya review hari ni adalah blog Monolog Kak Mim oleh Kak Mim. Tahniah juga kat Kak Mim disebabkan entry penyertaan beliau, Kak Mim menerima hadiah special dari saya. :)




Ok blog Kak Mim ni simple je tapi apa yang membuatkan pembaca tertarik nak jengah rasanya adalah gaya penulisan beliau yang santai dan terlihat keikhlasan beliau menulis tu dapat dirasai oleh pembaca macam saya. hehe. Yela, especially bila dah bergelar seorang ibu maka secara tak langsung kadang mempengaruhi juga gaya bahasa kita. Tu yang saya rasa nak bagi special gift lepas baca entry penyertaan beliau dalam segmen saya tu. The best thing no short form ya dalam tulisan Kak Mim yang buat saya suka nak baca. :)

Basically entry-entry beliau berkisar tentang her life. Simple, short and sweet. Haa gitu. hehe.. Orite, jemputlah ke blog beliau ya. TQ Kak Mim sudi join segmen saya. Nanti dah dapat hadiah share kat entry tau. hihihi.. Moga memberi manfaat buat Kak Mim.. Teruskan berblogging okeys!


Misya : Saya seorang ibu juga tapi rasa macam penulisan saya ganas. hahaha..

Sunday, November 22, 2020

Pelawak Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia

Salam. Allahu mendapat khabar berita sedih tentang one of my facebook friend, pelakon dan pelawak Pak Lah Cecupak yang meninggal dunia hari ini kerana menghidap kanser usus sejak Julai lalu. 

Sis menulis ni sebab arwah adalah artis pertama yang pernah wish Happy Birthday kat sis. Dan everyday memang arwah akan wish birthday kat anyone yang celebrate birthday dalam FB beliau. Masa dalam PKP around Mac lalu memang sis ada ternampak beliau update status tentang kesihatan beliau dan perlu ulang-alik ke hospital untuk diagnose apa penyakit beliau. Sis ingatkan maybe sakit-sakit biasa saja. Then after that sis dah jarang nampak beliau update status atau sis yang tak perasan status beliau. Tahu-tahu hari ni dapat berita sedih ni. 


Menurut Berita Harian, Pak Lah atau nama penuhnya Nor Affendi Nurdin meninggal dunia pada usia 53 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 11.07 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

Mungkin ada yang tak kenal dengan Pak Lah Cecupak ni. Which beliau ni dulu terkenal dengan kumpulan lawak Cecupak seangkatan dengan kumpulan Senario masa tu. Now ahli kumpulan Cecupak membawa haluan masing-masing dan yang masih aktif keluar TV adalah Ropie. Pak Lah ni pula setahu saya dia banyak bekerja di belakang tabir dan terlibat dalam mencipta lagu. 

Actually terkejut dengan berita ni. Rasa macam baru je beliau tegur sis di FB sempena my birthday beberapa tahun lepas. Kira beliau antara artis yang tak sombong dan rajin layan peminat walaupun beliau tak sepopular dulu. 

Ucapan takziah buat keluarga arwah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Sis tak popular. 

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...