Monday, August 15, 2016

Thanh Truong Hotel, Vietnam || Apa pendapat saya?

Salam. Ada sesiapa nak berkunjung ke Ho Chi Minh, Vietnam? Kalau ada bolehlah saya suggest book Thanh Truong Hotel untuk bermalam. Siapa dah baca entry saya bercuti ke Vietnam baru-baru ni mesti tahu saya pun stay di hotel ni juga untuk 1 malam. Tapi honestly hotel ni cepat betul fully booking. Sebab hotel ni betul-betul di kawasan strategi dan ramai orang Melayu. Memang heaven la if stay sini. So saya review sikit lah ya tentang keadaan di hotel ni.

Lobi hotel. Jangan pelik kat sini orangnya cakap agak kasar tapi sebenarnya takde apa pun. Receptionist yang layan kami tu pun cakap agak kasar tapi dia sangat-sangat membantu sepanjang kami di sini.

Masuk je bilik ni, wow nice nya! huhu. Kebetulan bilik ni memang baru dibersihkan. 

Syok dapat katil besar. huhu. Selesalah bilik ni. Bersih dan luas.

Ada TV tapi confirm tak faham semua channel dalam bahasa Vietnam. hehe.. Kalau ada channel movie oklah.


Wardrobe pun sangat besar. Siapa nak tinggal beberapa malam memang sesuai lah dapat bilik ni.



Bilik air pun ok. Ada bath tub.



Peti ais pun ada. So if nak simpan makanan pape senanglah.


Hotel ni dari luar kecil je. Almaklum bandar Ho Chi Minh ni agak sesak. Bangunan rapat-rapat. Takpela, yang penting selesa untuk menginap dan dekat dengan tempat shopping. Hehe..

Kisah penuh trip saya ke Vietnam boleh baca di SINI.


Misya. : Honeymoon singkat.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...