Thursday, June 25, 2015

Presint 1 basah ketiak akibat aircond rosak!

Salam.. Allahuakbar.. Today masuk hari kedua saya kepanasan di ofis with another officemate. Sistem aircond rosak keseluruhannya sampaikan seluruh pejabat kerajaan kawasan Presint 1, Putrajaya berada dalam kepanasan tanpa aircond! Dugaan betul bulan-bulan puasa ni tambah musim panas lagi. Huhu sabar jela. Memasing dalam ofis dok berkipas jela sambil tekan-tekan PC. Sian sume orang. Basah ketiak dibuatnya! huhu. Tapi esok dikatakan sistem aircond akan kembali pulih. Fuh lega dengar! Ni gara-gara ada kebocoran saluran utama di Putrajaya menyebabkan seluruh Presint 1 terjejas. Tapi langkah-langkah baikpulih sedang giat dijalankan dan InsyaAllah esok aircond berfungsi semula. 




Putrajaya: Sistem penghawa dingin di seluruh pejabat kerajaan di sekitar kawasan Presint 1, di sini,yang terjejas sejak semalam dijangka pulih secara berperingkat mulai tengah hari esok.

Jurucakap Putrajaya Holdings Berhad (PJH) berkata, ketika ini kontraktor yang dilantik Gas District Cooling Sdn Bhd (GDC) sedang giat melakukan kerja baik pulih.

"Apabila kerja membaiki paip bocor siap, kita perlu menunggu air dingin untuk disalurkan ke bangunan yang terjejas dan proses ini juga mengambil masa."Jadi kami menjangkakan menjelang tengah hari esok sistem penghawa dingin akan berfungsi namun secara berperingkat," katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Harian Metro melaporkan sistem penghawa dingin di bangunan seluruh kawasan di Kompleks A yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, Kompleks B, C dan D serta sebuah pusat beli-belah dan hotel terganggu akibat kebocoran saluran paip bekalan air dingin berhampiran Loji Pendingin Air di Presint 1, di sini. - sumber

Hopefully bila pulih oklah aircondnya. Almaklum kadang sejuk sangat-sangat mengalahkan berada dalam peti ais. Pelik! Bila sejuk, sejuk sangat. Bila panas, panas bebenor. Hope selesai dengan segera masalah aircond ni. Kalau tak berlendir ketiak time meeting dengan bos. Hahaha..


Misya : Dahaga dugaan paling berat ketika puasa.

6 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...