Monday, January 26, 2015

Bazar UNITEN.. Macam-macam ada!

Salam. Siapa pernah singgah ke bazar tepi jalan di UNITEN, Serdang? Yang stay berhampiran for sure pernah rite. Saya pun sejak kebelakangan ni selalu juga ke situ petang-petang hari kalau tak kerja. Tertarik nak datang sebab masa lalu tu ternampak orang jual durian crepe. Memang mencari-cari masa tu. Rupanya macam-macam makanan lagi ada dijual di sini. Dari yang ringan sampai makanan berat-berat pun ada. Kuih-muih, nasi kukus, coconut shake, roti john & etc. Rambang mata! Huhu..

Ramai yang stop tepi jalan singgah sat membeli makanan. Memang meriahla! Tapi bazar ni sekejap je dibuka. Start tengahari sampai petang setiap hari.

Inilah yang sempat saya sambar baru-baru ni. Coconut shake & cendawan goreng tepung memang sangat-sangat familiar kat bazar ni. Ada lebih kurang 5 gerai jual 2 jenis makanan ni. Then ternampak roti john cheese. Oh different ni sebab tak pernah jumpa kat tempat lain.

Kalau petang-petang untuk tea-time tu boleh singgah kat bazar ni. Gerenti habis duit beli makanan! Hehe..


Misya : Dah lama tak pergi pasar malam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...