Monday, May 13, 2013

TKSU Kementerian Belia & Sukan cedera parah, isteri terkorban dalam kemalangan!!!

Salam dan Selamat Pagi semua!! Dikhabarkan melalui blogger Coretan Wana telah berlaku satu tragedi kemalangan jalanraya yang telah mengorbankan isteri kepada TKSU Kementerian Belia dan Sukan malam tadi!!! Al-fatihah...


Ledang : Timbalan Ketua Setiausaha ( Strategik ) Kementerian Belia dan Sukan , Datuk Zaidon Asmuni cedera parah , manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini , malam kelmarin. Dalam kemalangan jam 11.40 malam itu , Zaidon , 57 , patah tangan dan cedera di kaki manakala Datin Halimah Awaludin , 55 , meninggal dunia di lokasi.

Dua anaknya isitu Siti Nur Fazlin , 21 dan Ahmad Zafri , 23 , yang dikatakan memandu kereta serta seorang anak angkatnya , Wan Mohamad Nabil Wan Sarafi , 21 , cedera di badan. Mayat Halimah dihantar ke Hospital Tangkak di sini , manakala Zaidon bersama tiga anaknya menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah , Muar.

Ketua Polis Daerah Ledang , Superintendan Harun Idris , berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki mereka hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke arah Selatan.
Berikutan itu , katanya , kereta berkenaan dikatakan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya.

" Keluarga Zaidon ketika itu dipercayai dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta itu remuk teruk tetapi semua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu, " katanya ketika dihubungi , semalam.



Cik Misya : Malang tidak berbau. Takziah....

1 comment:

  1. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Promo Beg Raya serendah RM49!

Salam semua.. Wah lamanya tak bersiaran kat sini! Hehe.. Selamat Berpuasa! Diam tak diam, pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan l...